date Saturday, 26 November 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran       : Sains ( Sifat-sifat fizikal yang boleh dilihat pada haiwan)
Tahun                       : 3A
Bilangan Pelajar     : 24 orang
Tarikh                      : 9 November 2011
Masa                         : 8.45 - 9.45pagi (1jam)
Tajuk                        : Haiwan
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat:
                                     i)   Mengenal pasti sifat fizikal haiwan.
                                     ii)  Menyenaraikan sifat fizikal haiwan.
                                     iii) rekod sifat fizikal haiwan dalam jadual.
                                     iv) menerangkan persamaan dan perbezaan antara haiwan berasaskan jadual.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
                                i) Set induksi
                               ii) Aktiviti: Penggunaan papan hitam-memerhati pelbagai gambar haiwan- 
                                                  menyenarikan sifat fizikal setiap haiwan- membentang dan 
                                                  membina jadual berasaskan senarai sifat fizikal haiwan. 

                              iii) Penutup: Kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran.
Nilai                               : bekerjasama, patuh kepada arahan, memberi perhatian, kasih sayang
KBKK                           : Menjana idea, menghuraikan, membanding dan membeza, mengelaskan, membuat kesimpulan.
Pengetahuan sedia ada: Murid-murid pernah mempelajari pelbagai jenis haiwan.
Langkah/
masa
Isi kandungan
(Kemahiran saintifik)
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti guru
Aktiviti murid
Set induksi
( 3 minit)
Mengenal sifat-sifat fizikal pada sesuatu haiwan

(memerhati)

1.      Guru melekatkan lapan keratan  gambar haiwan di papan putih.
2.      Guru meminta beberapa orang murid mencantumkan gambar-gambar itu dengan betul.
3.      Setelah selesai guru menanya:
Soalan: Bolehkah bahagian-bahagian gambar itu mencantumkan dengan bahagian lain? Mengapa?
4.      Guru memperkenalkan tajuk pelajaran yang akan disampaikan.

1.      Murid meneliti keratan gambar haiwan di papan putih.
2.      Murid-murid mencantumkan gambar-gambar itu dengan betul.
3.      Murid menjawab soalan guru.

Bahan:
-Kad gambar
  haiwan


Nilai:
Memberi perhatian

Langkah 1
(8 minit)

Menyenaraikan sifat-sifat fizikal haiwan
1.      Guru menunjukkan gambar sifat-sifat fizikal haiwan kepada murid.
Soalan: Apakah ini?Nyatakan haiwan-haiwan yang mempunyai sifat fizikal ini.
2.      Guru meminta murid membaca sifat-sifat fizikal haiwan.
3.      Guru menanya soalan kepada murid.
Soalan: Adakah semua haiwan mempunyai sifat-sifat fizikal yang sama?

1.      Murid menjawab soalan guru.
2.      Murid membaca sifat-sifat fizikal haiwan.

Bahan:
-gambar-
  gambar sifat
  fizikal  
  haiwan

Nilai:
Kasih sayang

Langkah 2
(13 minit)

Mengenal pasti sifat-sifat fizikal haiwan seperti paruh, cakar, bulu pelepah, bulu, tanduk, kaki, sisik, ekor dan sayap.

(memerhati)

(membanding dan membeza)
1.      Guru membahagikan murid  
       kepada 5
       kumpulan.
2.      Guru memberi kad manila
yang sudah dilengkapi dengan 3 jenis haiwan.
3.      Guru meminta murid menyenaraikan dan menulis sifat-sifat fizikal yang dapat dilihat pada setiap gambar haiwan di kad manila.
4.      Guru memantau setiap kumpulan.
5.      Guru meminta wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan secara bergilir-gilir.
6.      Selepas perbentangan guru bersama murid merumuskan bahawa setiap haiwan mempunyai sifat-sifat fizikal yang tersendiri.  
1.      Murid-murid duduk dalam kumpulan.
2.      Murid menyenaraikan dan menulis sifat-sifat fizikal yang dapat dilihat pada setiap gambar haiwan di kad manila.
3.      Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan secara bergilir-gilir.

Bahan:
-Kad manila
-gambar-
  gambar
  haiwan


Nilai:
Bekerjasama
Langkah 3
(13 minit)
Haiwan boleh digelaskan mengikut sifat-sifat fizikalnya seperti paruh, cakar, bulu pelepah, bulu, tanduk, kaki, sisik, ekor dan sayap.

(mengelas)


1.      Guru melekatkan 6 jenis haiwan di papan putih.
2.      Guru berbincang dengan murid cara-cara yang boleh digunakan untuk mengelas haiwan.
      Soalan:  
      Bagaimanakah kita
      boleh menyusun
      maklumat
      pengelasan ini
      supaya ia kemas
      dan mudah
       difahami?
3.      Guru membimbing murid untuk melukis jadual di dalam buku latihan.
4.      Guru meminta murid mengelaskan 6 jenis haiwan dengan menggunakan jadual.
5.      Guru meminta murid memberikan jawapan dan guru menanda dalam jadual di papan putih.
6.      Guru meminta murid  membaca persamaan dan perbezaan antara haiwan berasaskan jadual.

1.      Murid meneliti gambar haiwan di papan putih.
2.      Murid melukis jadual di buku latihan.
3.      Murid mengelaskan 6 jenis haiwan dengan menggunakan jadual.
4.      Murid memberikan jawapan.
5.      Murid membaca persamaan dan perbezaan antara haiwan berasaskan jadual.

Bahan:
-6 jenis gambar haiwan

Lampiran A:
Contoh jadual

Nilai:
Patuh kepada arahan
Penutup
(3 minit)
(berkomunikasi)
1.      Guru meminta murid melengkapkan peta konsep dengan sifat-sifat fizikal haiwan.

1.      Murid menyebut sifat-sifat fizikal haiwan.
Lampiran B:
Contoh peta konsep

Refleksi
(7 minit)
Pendapat tentang topik pengajaran
1.      Guru menanya murid tentang pendapat mengenai topik pengajaran hari ini.

1.      Murid menyatakan pendapat tentang topik pengajaran hari ini.






date Wednesday, 23 November 2011

Pengelasan Haiwan Berdasarkan Sifat Fizikalnya
                   
Sifat Fizikal Haiwan 
1. Terdapat pelbagai jenis haiwan di alam ini. Kita boleh mengelaskan haiwan mengikut sifat fizikalnya yang sama.
2. Sifat fizikal haiwan merujuk kepada sifat luaran yang dapat dilihat pada haiwan itu.

3. Sifat-sifat fizikal yang boleh dilihat pada haiwan ialah:
    a) berbulu                            d) berbulu pelepah
    b) bersisik                            e) bercangkerang
    c) berkepak                          f) berkaki


Berbulu
Sifat Fizikal
Contoh Haiwan
berbulu halus
anjing, lembu, arnab, beruang, dan sebagainya.
berbulu pelepah
angsa, ayam, itik, dan semua jenis burung.
                                              anjing                  beruang             arnab  
                                                               Haiwan berbulu halus 


                                               Itik                      Ayam                Burung
                                                               Haiwan berbulu pelepah


Bersisik
Sifat Fizikal
Contoh Haiwan
bersisik di seluruh badan
ikan, ular, biawak,dan sebagainya.
bersisik di kaki sahaja
angsa, ayam, itik, dan hampir semua jenis burung.
                                                Ular                   Buaya                   Ikan
                                                            Haiwan yang bersisik
Bercangkerang
1. Ada sesetengah haiwan yang badannya ditutupi
cangkerang. Contoh haiwan yang mempunyai
cangkerang adalah siput, kerang, tiram, kura-kura, dan
sebagainya.
2. Cangkerang yang keras melindungi badan haiwan      yang lembut.
                                                  Kerang                              Penyu
                                                          Haiwan yang bercangkerang
Berkepak
Sifat Fizikal
Contoh Haiwan
berkepak dua
ayam, kelawar, burung, lalat, dan sebagainya.
berkepak empat
kumbang,rama-rama, lipas, pepatung, dan sebagainya.
                                           Kumbang              Lipas               Rama-rama
                                                             Haiwan yang berkepak



Berkaki

1. Haiwan yang berlainan mempunyai bilangan kaki yang
berbeza.
2. Ada sesetengah haiwan yang tidak berkaki, misalnya ular,
kerang, siput, tiram, dan sebagainya.

Sifat Fizikal
Contoh Haiwan
berkaki dua
ayam, itik, angsa, dan sebagainya.
berkaki empat
kuda, singa, gajah, penyu, buaya, dan sebagainya.
berkaki enam
lipas, mentadak, semut, kumbang, dan sebagainya.
berkaki lapan
labah-labah, kala jengking, tungau, dan sebagainya.
berkaki banyak
lipan, udang, ketam, dan sebagainya.


                                            Labah-labah       Udang                  Gajah

                                                               Haiwan yang berkaki

                                               Ular Siput                           Babi Kerang
                                                               Haiwan yang tidak berkaki


date Thursday, 10 November 2011